Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan kepada soalan yang sering ditanya

EA adalah program automatik yang berdagang di pasaran forex/derivatif bagi pihak anda berdasarkan algoritma yang telah diprogramkan. Ia beroperasi 24/5 tanpa campur tangan manual.

Daftar akaun pelanggan, layari Marketplace, pilih EA yang sesuai, dan klik Langgan. Selesaikan pembayaran dan EA akan aktif selama 30 hari.

Sistem akan mengenakan penalti automatik 10% jika anda tidak memperbaharui langganan dalam masa 3 hari selepas tamat tempoh.

Ya! Daftar sebagai Vendor, muat naik fail EA anda (.ex4/.ex5), dan tunggu kelulusan admin. Selepas diluluskan, EA anda akan dipaparkan di Marketplace.

Kalendar memaparkan untung/rugi harian anda. Hijau = untung, Merah = rugi. Data boleh disegerakkan dari MetaTrader melalui API.

TIDAK. Tiada sistem dagangan yang menjamin keuntungan. Dagangan forex dan derivatif melibatkan risiko tinggi termasuk kehilangan keseluruhan modal.

Klik "Lupa kata laluan", masukkan e-mel berdaftar. Anda akan menerima pautan reset dengan token keselamatan yang sah selama 2 jam.

Status transaksi (Pending, Success, Failed) dikemas kini secara masa nyata. Anda boleh semak di halaman Transaksi.

Siapa sesuai jadi Marketer?

Marketer (Affiliate) sesuai jika anda ada rangkaian trader, pelabur, atau pembangun EA — tetapi tidak mahu membina EA sendiri dan tidak semestinya menyewa EA. Pendaftaran percuma. Pilih peranan Marketer / Affiliate semasa daftar.

Bagaimana ia berfungsi?
  • Selepas log masuk, buka Dashboard Marketer. Sistem memberi kod affiliate unik dan dua pautan: Jemput Client/Investor dan Jemput Vendor.
  • Kongsi pautan melalui WhatsApp, Telegram, media sosial, atau laman web. Sesiapa yang daftar melalui pautan itu diikat kepada rangkaian anda.
  • Dalam Rangkaian jemputan, anda nampak nama, e-mel, peranan (Client atau Vendor), kod sumber, dan tarikh daftar — jadi anda tahu mereka datang dari pautan anda.
  • Komisen 20% dikira apabila Vendor yang anda jemput membayar pakej API P&L Link kepada platform (bukan daripada sewaan EA yang client bayar kepada vendor).
  • Isi nama bank, nombor akaun, dan pemegang akaun. Butang pengeluaran hanya aktif dari 25 haribulan hingga hujung bulan. MasterAdmin memproses pembayaran.
Manfaat Marketer
  • Pendaftaran percuma — tiada yuran keahlian.
  • Pautan berasingan untuk Client dan Vendor, dengan jejak jelas siapa datang dari mana.
  • Komisen digital 20% daripada bayaran pakej API vendor dalam rangkaian anda.
  • Dashboard menunjukkan jumlah perolehan, baki boleh dikeluarkan, sejarah komisen, dan sejarah pengeluaran.
  • Tidak perlu coding, tidak perlu akaun MT5, dan tidak perlu muat naik EA.
  • Anda bukan kakitangan admin: tiada akses panel pengurusan, pangkalan data, atau pelantikan Admin.
  • Anda boleh sewa EA di Marketplace untuk guna sendiri, dan chat terus dengan vendor untuk rundingan sewaan atau kerjasama perekrutan.
  • Dilarang menjual EA, mengiklankan EA, atau menjalankan kerja pemasaran produk EA. Fokus Marketer hanya perekrutan client dan vendor.

Nota: komisen bergantung pada vendor yang anda bawa membeli API. Tiada jaminan pendapatan.

Siapa sesuai jadi Vendor?

Vendor sesuai untuk pembangun atau pemilik Expert Advisor yang mahu menyewakan EA kepada pelabur melalui Marketplace profesional, dengan bayaran masuk terus ke akaun bank atau QR anda.

Bagaimana ia berfungsi?
  • Daftar percuma sebagai Pembangun EA (Vendor). Akaun perlu diluluskan admin sebelum EA dipaparkan di Marketplace.
  • Lengkapkan profil bayaran: nombor telefon, nama bank, nombor akaun, pemegang akaun, dan QR. Tanpa ini, client tidak boleh langgan dengan selamat.
  • Muat naik EA, tulis penerangan, tetapkan harga sewaan, dan pilih mod akaun (demo/live) mengikut produk anda.
  • Client bayar terus kepada akaun/QR anda — platform bukan e-wallet dan tidak memegang dana sewaan tersebut. Semak resit, kemudian sahkan untuk aktifkan langganan.
  • Untuk paparkan Live P&L di kalendar dan Marketplace, beli pakej API P&L Link. Peraturan: 1 Token API = 1 akaun. MT5: gunakan EA Rental Bridge (UI). MT4: gunakan EA Sync.
  • Anda juga boleh dapat client atau rakan vendor melalui pautan affiliate Marketer/Admin — mereka akan dijejak kepada pemberi jemputan.
Manfaat Vendor
  • Saluran jualan sedia ada: Marketplace, rating & review, Forum, dan Live P&L awam untuk tarik keyakinan client.
  • Bayaran sewaan masuk terus ke akaun anda. Anda kawal harga, tempoh, dan pengesahan resit.
  • Portal vendor untuk urus EA, langganan, perbualan dengan client, resit, dan tetapan produk.
  • Alat teknikal: token API, kalendar P&L, muat turun Bridge/Sync, dan panduan API.
  • Chat sokongan dengan pentadbir platform jika ada isu kelulusan, API, atau pertikaian.
  • Setiap EA adalah produk berasingan — anda boleh tawarkan lebih daripada satu EA.

Tanggungjawab: EA mesti sah, P&L tidak boleh dipalsukan, dan resit hanya disahkan jika bayaran benar-benar diterima. Penipuan boleh menyebabkan penggantungan dan senarai hitam awam.

Siapa sesuai jadi Client / Investor?

Client (Investor / Pelanggan) sesuai jika anda mahu menggunakan Expert Advisor pada akaun MetaTrader anda tanpa perlu menulis kod. Anda menyewa EA daripada vendor bertauliah, bukan membeli kod sumber.

Bagaimana ia berfungsi?
  • Daftar percuma sebagai Investor / Pelanggan (Client). Tiada kelulusan admin diperlukan untuk mula melayar Marketplace.
  • Bandingkan EA: harga, win rate, rating, ulasan, dan pratonton Live P&L. Pilih yang sesuai dengan modal dan tahap risiko anda.
  • Klik Langgan, bayar kepada akaun bank atau QR vendor, kemudian muat naik resit. Langganan aktif selepas vendor mengesahkan bayaran.
  • Gunakan EA pada akaun MT4/MT5 anda. Jika vendor guna pengurusan VPS, ikut arahan vendor dan jangan kongsikan kata laluan kepada pihak ketiga.
  • Pantau Prestasi dalam Kalendar P&L, senarai transaksi, dan dashboard. Forum dan Support Chat tersedia jika ada soalan.
  • Perbaharui sebelum tamat tempoh. Jika tidak diperbaharui dalam 3 hari selepas tamat, penalti automatik 10% boleh dikenakan.
Manfaat Client / Investor
  • Akses kepada EA vendor yang disahkan, tanpa perlu jadi programmer.
  • Marketplace, rating, review, dan Live P&L membantu anda menilai sebelum sewa.
  • Kalendar P&L visual (hijau untung, merah rugi) dan sejarah transaksi untuk pantau hasil.
  • Resit dan status langganan tercatat dalam akaun — lebih teratur berbanding sewaan luar platform.
  • Forum komuniti, Support Chat, dan senarai hitam awam untuk ketelusan vendor.
  • Anda boleh daftar melalui pautan affiliate; platform tetap merekod langganan dan bayaran anda kepada vendor yang betul.

Amaran: EA tidak menjamin keuntungan. Anda boleh kehilangan modal. Platform bukan broker dan tidak berdagang bagi pihak anda.

Amaran Risiko Rasmi

PERINGATAN PENTING:

Dagangan instrumen kewangan termasuk forex, CFD, dan derivatif melibatkan risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.

  • Anda boleh kehilangan sebahagian atau keseluruhan modal pelaburan anda.
  • Prestasi masa lalu tidak menjamin hasil masa depan.
  • Expert Advisor (EA) adalah alat automatik — risiko pasaran tetap wujud.
  • Leverage tinggi boleh membesarkan kerugian melebihi deposit awal.
  • Pastikan anda memahami risiko sepenuhnya sebelum berdagang.
  • Dapatkan nasihat kewangan bebas jika perlu.

EA Rental Pro tidak memberikan nasihat pelaburan. Semua keputusan dagangan adalah tanggungjawab anda sendiri.

Peraturan & Terma